Minggu, 14 September 2014

Aisyah Humairah



Aisyah Humairah
Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al kisah ku titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu mahar melebih
Yang setanding embun kasirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya nur itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Pilihlah hikmatnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan soerang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh lena ujian

Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu

Untuk Download Lagunya Klik Di Sini

Senin, 08 September 2014

Antara Dua Kasih



Antara Dua Kasih

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Untuk Download Lagunya Klik Di Sini

Anak Soleh



Anak Soleh
Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh

Untuk Download Lagunya Klik Di Sini

Ainul Mardhiyah


Ainul Mardhiyah - Unic

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

Untuk Download lagunya Klik Di Sini

Sejarah Dalam Perjalanan Unic


UNIC merupakan adik kepada kumpulan In-Team yang lahir di bawah Hijjaz Record. tentu masih ramai tidak mengetahui sejarah kumpulan ini, kumpulan semakin naik pada hari ini, dengan berbagai penerbitan album dan aktiviti termasuk program ilmiah dan motivasi. dan sekarang sudah mampu mempunyai syarikat sendiri dalam industri ini dan sudah dapat berdikari dengan sendirinya.
Kumpulan Nasyid UNIC adalah merupakan salah sebuah kumpulan nasyid yang popular di tanah air. Album pertama yang bertajuk “You & I See” telah mencatatkan jualan melebihi 40 000 unit di seluruh Malaysia. Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh peminat nasyid, sehingga kini UNIC telah bertahan selama 8 tahun dalam persada seni dan telah berjaya menerbitkan tujuh buah album penuh dan enam album kompilasi.
UNIC bermula pada tahun 2002 semasa masih di bangku persekolahan. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa itu, UNIC diangkatkan lagi dengan lagu HITS mereka pada kemunculan pertama mereka yaitu Hanya Tuhan Yang Tahu di bawah pengurusan Hijjaz Records. Antara lagu-lagu lain yang HITS termasuklah :
1.         Jalinan
2.         Ainul Mardhiah
3.         Satu Tekad
4.         Insan Bernama Kekasih
5.         Demi Cinta Suci
6.         Balqis
7.         Erti Syukur
8.         Sebuah Pertemuan
9.         Atas Nama Cinta
10.      Lafaz Yang Tersimpan
11.      Ke Makam Bonda
12.      Remaja
13.      Aisyah Humaira
14.      Langkah Tercipta
15.      Hakikat Bahagia
Asalnya dianggotai oleh 4 anak muda :
1.       Bazli Hazwan bin Che Osman
2.       Mohd Fitri bin Mohamad Haris
3.       Mohd Afendi bin Jahri
4.       Wan Sharifuddin bin Wan Hassan
Namun atas komitmen dan hala tuju yang berbeza, UNIC beberapa kali telag bertukar anggota tetapi masih kekal dengan perjuangan dan konsep muzik yang sama. Akhirnya pada tahun 2011, UNIC terus kekal bersama 3 anggota iaitu :
a.       Bazli Hazwan bin Che Osman
b.       Ahmad Fadzli bin Ab. Aziz
c.        FakhrulRadhi bin Khamarudin
Inilah anggota UNIC yang terus berjuang menyampai dakwah melalui HIBURAN MENDIDIK JIWA pada golongan remaja di seluruh dunia. UNIC terus memecah tradisi dengan menembusi pasaran :
>  Indonesia
>  Singapura
>  Thailand
>  Brunei
>  Egypt
>  yang terbaru di Perancis
Berbekalkan kepada pengalaman dan tenaga kerja yang sedia ada, UNIC telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu UNIC Records. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan bahanbahan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat dan juga berfungsi sebagai pengedar kepada semua produkproduk UNIC Records dan pelanggan UNIC.
Sedangkan bagi anda-anda semua yang Ingin Mendonwload Lagunya, dan melihat langsung Liriknya. 
langsung aja Antum dan Anti Pilih lagu Dibawah ini.
1.       Ainul Mardhiah
2.       Aisyah Humairah
3.       Anak Soleh
4.       Antara Dua Kasih
5.       Balqis
6.       Bicara Tentang Cinta
7.       Bisikan Malam
8.       Cahaya Cinta
9.       Demi Cinta Suci
10.   Erti Syukur
11.   Hakikat Bahagia
12.   Hanya Tuhan Saja Yang Tahu
13.   Hanyut
14.   Harapan Kepada Ayah Dan Ibu
15.   Insan Bernama Kekasih
16.   Jalan Pulangku
17.   Jalinan
18.   Kau Kawan Kau Sahabat Kau Teman
19.   Keroncong Kasih Sayang
20.   Lafaz Yang Tersimpan
21.   Langkah Tercipta
22.   Mahligai Kasih
23.   Mencari Yang Maha Satu
24.   Permata Keluarga
25.   Remaja
26.   Sahabat Sejati
27.   Sebuah Pertemuan
28.   Sekolahku
29.   You And I See
30.   Zinnirah
mungkin itu yang dapat ana kasih, semoga bermamfaat, Jazakallah.